Petua Kuruskan Badan dan Peha yang Paling Mudah
Bila ditanya tentang petua kuruskan badan, pasti ramai yang mampu menjawab. Namun persoalannya, adakah ia berjaya diikuti dan mampu menghasilkan kesan yang baik atau hanya sekadar angan-angan?
Bergantung. Ianya bergantung kepada usaha, keyakinan dan ketekunan anda merealisasikan impian itu.
Mungkin akan ada yang maklumkan pada Orkid,
“Saya dah diet, dah bersenam dan dah cuba puasa dah, tapi masih tak kurus-kurus. Macam mana ye? Fed up lah. Last-last saya tak kisah pun, saya makan je semua benda.”
Haa, kalau ikutkan, ini yang kita taknak. Jadi kaji punya kaji, baru Orkid tahu mungkin ada perkara yang anda telah usahakan tetapi diketepikan perkara penting yang lainnya.
Sebagai contoh, anda puasa tetapi, adakah anda mengekalkan kuantiti berbuka seperti yang telah disarankan?
Haa jangan puasa seharian tetapi ketika waktu berbuka, anda balun sampai 2 hingga 3 pinggan nasi. Ke laut lah diet anda nampaknya.
Okay buat anda yang dah buntu, fed up atau dah tak tahu macam mana cara nak kuruskan badan, jom selami artikel Orkid pada kali ini. Siapa tahu, tips dari Orkid mampu membuahkan hasil yang lumayan, kan?
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Jika anda ingin tahu sebenarnya, karbohidrat adalah sumber utama glukosa kepada badan. Antara sumber karbohidrat yang sering diambil adalah seperti nasi, roti, kentang, tepung dan sebagainya. Kiranya, karbohidrat ini adalah sumber yang sangat penting yang bila mana kita tak dapat, kita akan merasa letih, lesu dan tak bermaya. Jadi, nak buat aktiviti seharian pun rasa tak sempurna.
Kepada anda yang nak kuruskan badan, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat ini. Ianya kerana jumlah karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan seseorang menghidap penyakit kencing manis dan masalah kegemukan.
Salah satu caranya adalah dengan mengehadkan pengambilan karbo seperti nasi sebanyak segenggam sekali makan. Sama ada 2 kali sehari atau sekali sehari, ianya bergantung kepada kemampuan anda menahan diri. Jangan sampai jatuh sakit okay?
Jika anda terus menghentikan pengambilannya, ia akan memberi kesan buruk pada diri. Anda akan cepat fed up dan makin craving dengan makanan. Jadi sudahnya, makan akan diambil lebih banyak daripada yang sepatutnya. Ingat ye, kurangkan jangan hentikan!
8 penyebab utama cepat penat dan letih
2. Elakkan pengambilan snek dan makanan segera

Ramai rupanya yang tak tahu tentang bagaimana makanan segera mampu memberi kesan buruk kepada badan. Jika anda ingin tahu, makanan segera ini adalah makanan yang telah diproses yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia.
Oleh itu, kekerapan pengambilan makanan segera ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti obesiti serta mengurangkan produktiviti harian. Haa kali ni, kalau anda nak hentikan pengambilannya secara terus adalah sangat baik!
3. Kerapkan aktiviti senaman

Aktiviti senaman dapat membantu meningkatkan fokus, kulit berseri dan sihat, menguruskan badan dan menguatkan otot serta tulang. Kajian mendapati bahawa kurang bersenam serta gaya hidup tidak sihat akan menurunkan imunisasi badan dan terdedah kepada beberapa virus berbahaya.
Jadi, ubah gaya hidup anda dan kerapkan aktiviti senaman semampunya. Antara senaman yang boleh anda amalkan adalah dengan ‘skipping’. Jika anda nak tahu, senaman ‘skipping’ ini mampu membakar kalori sebanyak 200 sehingga 300 kalori jika dilakukan selama 15 minit.
Haba yang terhasil melalui ‘skipping’ ini akan mampu membakar lemak untuk menghasilkan tenaga, menaikkan kadar degupan jantung serta mengaktifkan otot tubuh. Ia juga mampu membuang lemak pada bahagian tubuh.
Namun perlu diingatkan bahawa ia tidak digalakkan buat anda yang sudah berada pada tahap obesiti kerana ia mungkin akan mencederakan otot pada bahagian kaki. Untuk anda yang sudah berada pada tahap obesiti, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti senaman ringkas seperti di bawah:-
Baca juga: Kelebihan skipping untuk badan
4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan

Ada satu benda yang Orkid rasa Orkid perlu kongsikan pada anda semua.
Macam Orkid sendiri, kalau Orkid rasa badan lesu, mudah jatuh sakit atau terasa pedih pada sesetengah badan, Orkid akan perhatikan semula apa yang Orkid makan. Kebanyakan disebabkan oleh makanan-makanan yang tidak berkhasiat. Jadi selepas Orkid melebihkan semula pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, badan akan terasa semakin cergas dan tak lesu.
Jika anda nak tahu, sayur-sayuran hijau adalah rendah kalori yang dapat membantu dalam proses menguruskan badan. Ia mampu membantu anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Bukan setakat menguruskan berat badan, sayur-sayuran dan buah-buahan ini juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Ia juga turut meningkatkan fungsi imun, mampu melindungi mata serta mengatasi pelbagai penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis serta darah tinggi. Antara sayuran yang bagus untuk diambil adalah bayam yang mengandungi pigmen yang dikenali sebagai lutein yang mampu mengurangkan risiko sakit jantung.
5. Tinggalkan pengambilan gula

Haa memang ramai yang tahu bahawa pengambilan gula secara berlebihan akan meningkatkan risiko obesiti namun tak ramai yang cuba untuk mencegahnya. Mana tidaknya, pengambilan gula atau fruktosa ini akan meningkatkan rasa lapar serta keinginan untuk makan lebih banyak makanan. Jadi, apa akan jadi pada diet anda?
kad penderma darah digital di MySejahtera
6. Mengambil air putih secukupnya

Jadi sebab itulah anda perlu mengambil air putih secukupnya dan tinggalkan pengambilan gula terutamanya dalam minuman. Air putih ini tidak memperoleh apa-apa kandungan gula, lemak dan kalori jadi, ia mampu menurunkan berat badan.
Kesimpulannya, jangan terburu-buru dalam proses mengurangkan berat badan kerana anda akan cepat penat dan berputus asa. Yang penting, anda perlu istiqamah dan konsisten dalam melakukan amalan-amalan ini. Jika anda mencari pelbagai isu dan topik menarik mengenai wanita, kehidupan dan diri, teruskan membaca artikel-artikel dari Orkid pada laman www.bungaorkid.com.